http://perjalanansmkpbu.blogspot.com/

tlg selamatkan dia....

iklan

Wednesday, June 10, 2009

LAWATAN JAKARTA-BANDUNG-PUNCAK

Pada 2 hb Jun..... geng SMKPBU telah berangkat ke Jakarta untuk program lawatan. Program anjuran Zuraidi & Narizam Tour and Travel Services telah berjaya mengumpulkan seramai 30 org ahli.

Maka, kutipan wang pun dilakukan sejak awal Januari 2009. Kejayaan pertama dengan mengadakan lawatan ke Sarawak pada tahun 2008, menyebabkan geng kaki jalan ini begitu ghairah....untuk mengikuti trip ini, sambil menyelam minum air katakan........ merehatkan otak selepas penat mengajar

Program ini memang murah sebab pakej lengkap ini hanya bernilai RM1370 ( Tambang bas, hotel,makan,tip dan cukai ). Kita hanya bawa duit untuk shopping dan masuk tandas saja.

HARI PERTAMA ( 2 Jun 2009) KANGAR
Kami berkumpul di Dataran Lestari, JPN Perlis pada jam 4.00 ptg. Ada kira-kira 20 orang dah menunggu. memang tak sabar dah!!!!!!. Pukul 4.00 ptg yg dijanjikan ditepati. Kalau nak pi jalan,,,mestilah tepati, nanti terlepas kapal......


Ust Md Nasir segak bergaya disamping bas yg membawa kami. Kalaulah bas ni boleh berenang atau terbang ke sana...kan senang dan jimat kos

Kami menaiki bas persiaran ke LCCT Kuala Lumpur. Selesa bas ni, drebar kata baru sebulan.Patut la.....air-cond sejuk giler. Singgah kat R & R Dengkil jam 1.30 pg untuk mandi. Dalam program kata untuk mandi pagi!!!!! Punya la sejuk...... memandangkan kami tak terus ke hotel semasa tiba nanti, maka semua orang kena mandi...aku dah biasa dah.....

HARI KEDUA ( 3 Jun 2009) KUALA LUMPUR-JAKARTA-PUNCAK

Sampai kat LCCT dah jam 3.00 pg. Urusan untuk berlepas ambil masa. Tambahan pula pergi berkumpulan. Ketua rombongan sibuk la.......Tabik kat dia sebab boleh urus dengan baik.



Urusan bagasi mengambil masa juga. Buka kaunter jam 5.30 pagi.Lepas tu kami check-in dan bersedia untuk menaiki kapal terbang AIR ASIA AK 380



selepas 2 jam penerbangan, kami selamat landing kat Soekarno-Hatta Airport. Masa di Indonesia baru pukul 8.00 pg. Masa kat sana lewat satu jam dengan Malaysia. Selesai urusan passport dan imigresen, kami dijemput oleh pemandu pelancong kami.Sempat juga 'menerai' depan heat scanner kat sana...macam cerita Aliens' lah gitu... orang tak sesak di balai ketibaan.






Mr Harry....yang peramah dan serba boleh. Kami amat terhibur sepanjang tempoh bersamanya....ADA CERITA BAPAK..ABANG JONI......BUKAN WAW.....ALIF!!!. mesti kami akan mengingati cerita ini.

sepanjang perjalanan ke restoran, kami dihidangkan dengan pemandangan yang sebelum ini hanya dilihat dalam filem LOVE IS CINTA dan DEALOVA atau cerita bersiri HIKMAH atau BAWANG PUTIH BAWANG MERAH saja. tapi kini semuanya real di depan mata



kami singgah di restoran Selera Jumbo, Jakarta Pusat. Makanan minang beb!!! agak terkejut keraana sarapan pagi umpama makan tengah hari. banyak betul.... Dah lapaq....apa yang menariknya, mereka lebih utamakan ikan tempatan iaitu tilapia dan ayam kampung. tiada ayam daging dan daging lembu seperti di Malaysia. Dekorasi juga cantik. Apa lagi....ada org berposing ..mana tahu nanti dapat naik pelamin cepat..





Selepas itu kami bergerak melawat sekitar Bandaraya Metropolitan Jakarta dan bergambar di hadapan Monas iaitu tugu peringatan .

selepas itu, kami melawat Taman Mini Indonesia Indah, mempamerkan rumah tradisional pelbagai kaum dan daerah di Indonesia. pelbagai rumah dengan rekabentuk menarik dan kalau hendak melawat sepenuhnya ambil masa satu hari padat. Ada kereta api dan kereta kabel. Pengalaman pertama berurusan dengan rupiah...beli air harganya rp3000 dan masuk kamar kecil...









selepas puas di Taman Mini Indonesia Indah, merasai pengalaman menbeli dengan rupiah, kami bertolak ke restoran untuk makan siang. Makanan enak bangat. makanan Padang menjadi pilihan.

kami bertolak pulak ke Taman Safari. Binatang dibiar bebas.Maka tidak hairanlah semasa kami melintasi kawasan pak belang, mereka datang bertanya khabar....menjilat-jilat tayar bas kami.Binatang di sini gemuk-gemuk belaka. Penghujung lawatan, kami dihiburkan dengan aksi pak belalai, berlakon dan melukis.Ada mulut nakal berkata...kalaulah bas kita mampus kat situ....Bayangkan!!!! Jadi cerita Jurassic Park la....

Apa yang best.......kita dapat tengok binatang kat sini lepas bebas..tiada lagi kurungan. Ada satu lagi...ada haiwan yang mampu bertutur bahasa Indonesia.............ala.....yang pakai maskot tu....





Badan dah penat......kami bertolak ke Puncak. Hari dah hampir petang. dan bila sampai di hotel penginapan,apa lagi...zzzzzzzzzzzzzzzzz.badan penat la. Kemudian...JENG!...JENG!...JENG!.. pintu kamar diketuk

"Pak!..mau urut?....yang datang bertanya sicantik manis bersama mak dia..Patut la best kat sini

kedudukan yang tinggi di atas gunung,menyebabkan suasana nyaman.sesuai untuk berbulan madu



macam percutian keluarga pulak



HARI KETIGA( 4 Jun 2009) PUNCAK-BANDUNG

Badan dah segar.....malam tadi tido lena.....cuaca yg sejuk memang best. sebab tu kulit org bandung putih-putih. Maka nostalgia masa bersama-sama mereka di REX CANNING CO kembali segar

Lepas sarapan, check-out dan macam biasa kami dikerumuni oleh penjual atau pedagang. kena tawar harga murah.

TIPS : 1. beli saat akhir. boleh dapat lagi murah 2. telinga kena tahan kata-kata rayuan pedagang

sepanjang perjalanan ke Bandung,melalui Cianjur...pemandangan yang mengasyikkan dengan panorama langit kebiru-biruan. Sekeliling jalan raya padat dengan rumah dan kedai kecil., tetapi tersususn. Kawasan lapang dipenuhi dengan aktiviti pertanian. Tanah Indonesia memang subur walaupun kawasannya agak terhad. Berlatar belakang gunung berapi.



kawasan pertanian...subur







pemandangan sepanjang perjalanan dari Jakarta ke Bandung melalui Cianjur



kami singgah di Cianjur Snack and Cracker.....seperti biasa apabila turun tangga bas, dikerumuni oleh penjual barangan...seperti artis tetapi bukan untuk turunkan tandatangan tapi kena hulurkan rupiah untuk membeli. Pelbagai kerepek dan makanan ringan buatan tempatan tersedia ada untuk dinikmati..kena beli la.....tapi ada kawan kita yg makan sampel saja....

akhirnya kami sampai di Kota Bandung....orangnya cantik.. putih.....gebu dan suasana disini nyaman. Bandung digelar PARIS OF JAVA. banyak toko fesyen




masa untuk kempiskan poket.....aktiviti melawat toko atau outlet barangan kulit, jeans dan jerajinan kulit dan tangan. murah ! murah!..... kita kan jutawan!!!!!!!!!!!!



maka pengemis kota pun datang menyerbu....menyanyikan lagu.....tak faham senikatanya tapi kami hulur juga rp1000....boleh tahan....dapat juga dia rp10000 untuk hari tu.Cukup sedih dengan anak-anak kecil lain yang kami lihat meraaau disepanjang jalan,,,mengemis atau menjaja barangan.. disetiap persimpangan lampu isyarat,ramai penjaja....Teringat di Malaysia...anak-anak sebaya itu sudah bergaya dengan moto..melepak tanpa tujuan.



puas bershopping di toko....makan lagi......

aktiviti petang bersambung dengan melawat toko batik. akhirnya kami pulang ke hotel untuk merehatkan badan


dan makan malam




aktiviti hari ini berakhir dengan acara...............mandi dan tidur.zzzzzzzzz.dan esok mau habisi rupiah lagi..banyak yang masih belum dibeli

HARI KEEMPAT( 5 Jun 2009) BANDUNG

kami keluar awal kerana mengelakkan jalan yang sesak. Destinasi ialah Pasar Baru dan Gedung Sutera






punya la sesak dengan manusia....tak biasa dengan keadaan ini.. namun pelbagai ragam manusia dapat dilihat..untuk meneruskan satu penghidupan di kota






berbagai barangan terdapat disini.Anda perlu menawarkan pada harga paling rendah daripada yang ditawarkan. Tawar pada harga 1/3 daripada harga asal. Rata-rata pengunjung terdiri daripada orang Malaysia.Awasi poket daripada pencopet atau penyeluk saku



mereka akan terus mengekori dan memujuk....namun mereka tidak kisah kalau kita tak mahu menbeli dan mereka tidak berebut sesama mereka.



kreativiti mereka tinggi. lukisan begini hanya rp30000 sahaja atau lebih murah lagi.

Puas disini , perjalanan diteruskan. Kehidupan mereka pelbagai. Ada yang mampu tinggal di dalam istana dan ada yang hanya tinggal di dalam gobok usang.









jalan raya dipenuhi dengan kenderaan dan di simpang jalan..ada penjual dan pemain musik...mencari uang





PERSIAPAN !!!!!., Raja membeli



masa untuk meninggalkan kota Bandung

HARI KELIMA ( 6 Jun 2009) BANDUNG






kami bergerak ke Gunung Tangkuban Perahu ,Taman Wisata Alam...ADA CERITA PAK!!!!

singgah di ladang strawberry.....kerana bukan musim berbuah,,,hanya dapat lihat pokok saja.Apa-apapun gambar tetap kena ada






Perjalanan ke sana agak memenatkan. jalan raya berbukit bukit



didatangi pedagang sebaik sahaja turun dari bas










cuacanya nyaman......tapi bau belerang juga terasa.....selepas puas posing dan naik kuda....kami turun semula ke bawah

dan semasa pulang semula ke Jakarta.... siang sudah sampai penghujung..dan malam pula mengambil giliran

kehidupan malam pun bermula. dapat disaksikan keadaan warga yang dikelas bawahan


dimana ada ruang....waima ditepi landasan kereta api.....janji badan dapat berehat










kami sampai di hotel Green Green Alia Cikini di Jakarta. Best juga di sini. kamar yang luas. barang harus di kemaskan.esok sudah mahu berangkat pulang.zzzzzzzzzzzzzzzzzz


HARI KEENAM ( 7 Jun 2009) JAKARTA

bangun lewat......check out jam 10 pg....... dan destinasi seterusnya ialah Tanah Abang dan Mangga 2




pintu utama Tanah Abang





suasana disini riuh rendah....ramainya orang.... saya cuba menyapa seorang pelancong ( muka Malaysia)
"dari mana ? "
" saya dari Malaysia"

laaaaa....dia ingatkan saya orang tempatan....dan dia memeluk begnya dengan erat........tak patut!!!!!!

" saya pun dari Perlis"
...dan dia tersipu-sipu.....



apa lagi yang tertinggal????....menikmati suasana harian di kota Metropolitan



pemandangan indah



peniaga ini ketiduran.....namun barang dagangan tidak pula dicuri....dimana-mana tak kisah asalkan boleh pejamkan mata




selesai menghabiskan uang.... kami berangkat ke Airport melalui Highway.....




sampai di Air port jam 5 ptg



urusan disini mudah.....terima kasih MR Harry...






menunggu penerbangan.....sempat lelap dulu....teringat kekasih dan tak sabar untuk berkunjung berjumpa bakal mak mertua.



Tokey kami........

jam 9.00.. malam...kami pun meninggalkan bumi Jakarta.menuju kembali ke Tanah Air ..tiba jam 12.000 mlm waktu Malaysia dan pulang semula dengan bas

HARI KETUJUH( 8 Jun 2009) LCCT KUALA LUMPUR-KANGAR

Alhamdulillah!!! KAMI SELAMAT SAMPAI KE PERLIS DAN DISAMBUT OLEH TEMAN YANG SETIA MENANTI...


KEMBALI KE BLOG SMKPBU

3 comments:

  1. Nak tahu di jakarta ambi agency travel apa ye ....? ada no.contact x ?baru nak belajar wat rombongan..

    ReplyDelete
  2. SAYA AMBIL PENS TRAVEL. DIA ADA AGEN DI SANA JUGA

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete

BEIJING 2010

Click to play this Smilebox collage: beijing 2010
Create your own collage - Powered by Smilebox
Picture collage personalized with Smilebox

tlg selamatkan dia....

HONEY MOON

HONEY MOON
CG RASHID N TERSAYANG

MAS JONI -AZMAN

MAS  JONI -AZMAN

JELITAWAN DARI MALAYSIA

JELITAWAN DARI MALAYSIA